Permainan LGBTQIA+ dari Australasia dan Asia Pasifik.
Pride at Play adalah sebuah pameran terkurasi yang mempersembahkan jajaran permainan LGBTQIA+ dari rantau Australasia dan Asia Pasifik. Ia merupakan sebuah usaha merayakan permainan video, papan dan kad yang dicipta oleh pereka queer untuk pemain yang juga sama-sama queer. Penyertaan acara ini adalah percuma untuk semua orang selama dua minggu sepanjang Pride Amplified, bersempena festival Sydney WorldPride.
Pameran ini dianjurkan oleh sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pereka permainan, penyelidik serta kurator yang mencintai permainan dengan tema queer. Ia turut disokong oleh geran, institusi universiti, serta pereka permainan beridentiti queer lainnya yang sama-sama menyinsing lengan dalam mencorakkan dan mengubah definisi “permainan”.
Lokasi: Sydney College of the Arts Project Space (map)
Tarikh: 21 Februari hingga 4 Mac, 2023.
Penyertaan
Adakah anda seorang pereka permainan video, papan dan kad bertema queer dari Australasia atau Asia Pasifik? Sila hubungi kurator Pride at Play!
Penyertaan dibuka hingga 15 Disember, 2022. Kami akan umumkan sebarang keputusan melalui email.
Penyertaan terpilih juga akan ditampilkan dalam bentuk temuramah pendek bersama anda yang akan dirakam pada awal Januari.
Sila pastikan ejaan nama dan penerangan tentang permainan anda adalah betul kerana itu yang akan kami sertakan di katalog pameran di laman web dan bercetak.
Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke hello@prideatplay.org.